KUALA LUMPUR, 30 SEPT: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak pernah mempersoalkan siapa yang menentukan jumlah pembayaran deposit keselamatan sebanyak AS$576,943,490 kepada Aabar Investment PJS Limited kerana menganggap ia telah dipersetujui Datuk Seri Najib Tun Razak.